Pasukan Pencak Silat UTP sekali lagi dalam perancangan mengadakan Bengkel Silat Seni. Bengkel ini bertujuan mendedahkan pesilat-pesilat kepada format pertandingan silat seni yang baku dan sebenar. Melalui bengkel ini, pesilat akan didedahkan dengan format Jurus Tunggal dan Jurus Wajib/Regu serta peraturan Tempur/Ganda yang sebenar dan terkini.
Perkara ini dilihat penting kerana sering berlaku pelanggaran format pertandingan di kejohanan-kejohanan yang kebangsaan dan antarabangsa. Hal ini kerana format pertandingan sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, Pasukan Pencak Silat UTP berbesar hati menjemput jurulatih silat seni terkenal untuk mendedahkan format sebenar pertandingan bagi mengelakkan diskualifikasi pada penyertaan akan datang.
Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga universiti, IPTA/S, politeknik, kolej komuniti, pertubuhan, kelab dan orang perseorangan. Ini bermakna, penyertaan adalah tidak terhad dan terbuka kepada sesiapa yang berminat.
Butir-butir kursus adalah seperti di bawah:
Tarikh: April 2009
Tempat: UTP Tronoh, Perak
Penceramah: Cikgu Faid*
(Butiran lanjut akan diberitahu kelak)
Oleh itu, Pasukan Pencak Silat UTP dengan berbesar hati mengalu-alukan penyertaan dari semua golongan masyarakat, ahli seni beladiri dan pesilat di dalam dan luar sana. Akhir kata, kecil tapak tapak, nyiru kami tadahkan. Sekian, terima kasih.
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.
* Merupakan penceramah yang dicadangkan. Bagaimanapun belum ada sebarang keputusan dibuat dengan pihak beliau. Harap maklum.
