Selamat datang diucapkan kepada pengunjung laman blog rasmi Pasukan Pencak Silat UTP atau ringkasnya Pesilat UTP. Laman blog ini menghimpunkan segala maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pesilat UTP. Anda boleh menggunakan segala pautan yang telah disediakan untuk mencapai input-input yang telah diingini. Sekian, terima kasih.

Sila ambil perhatian kepada Pesilat UTP. Anda diminta untuk merujuk pautan ‘Pengumuman‘ di atas untuk mendapatkan segala informasi terkini. (Dikemaskini: 25 Januari 2010)


logo_pssutp1

Pasukan Pencak Silat UTP sekali lagi dalam perancangan mengadakan Bengkel Silat Seni. Bengkel ini bertujuan mendedahkan pesilat-pesilat kepada format pertandingan silat seni yang baku dan sebenar. Melalui bengkel ini, pesilat akan didedahkan dengan format Jurus Tunggal dan Jurus Wajib/Regu serta peraturan Tempur/Ganda yang sebenar dan terkini.

Perkara ini dilihat penting kerana sering berlaku pelanggaran format pertandingan di kejohanan-kejohanan yang kebangsaan dan antarabangsa. Hal ini kerana format pertandingan sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, Pasukan Pencak Silat UTP berbesar hati menjemput jurulatih silat seni terkenal untuk mendedahkan format sebenar pertandingan bagi mengelakkan diskualifikasi pada penyertaan akan datang.

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga universiti, IPTA/S, politeknik, kolej komuniti, pertubuhan, kelab dan orang perseorangan. Ini bermakna, penyertaan adalah tidak terhad dan terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Butir-butir kursus adalah seperti di bawah:

Tarikh: April 2009
Tempat: UTP Tronoh, Perak
Penceramah: Cikgu Faid*
(Butiran lanjut akan diberitahu kelak)

Oleh itu, Pasukan Pencak Silat UTP dengan berbesar hati mengalu-alukan penyertaan dari semua golongan masyarakat, ahli seni beladiri dan pesilat di dalam dan luar sana. Akhir kata, kecil tapak tapak, nyiru kami tadahkan. Sekian, terima kasih.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

* Merupakan penceramah yang dicadangkan. Bagaimanapun belum ada sebarang keputusan dibuat dengan pihak beliau. Harap maklum.

Pasukan Pencak Silat UTP dalam perancangan mengadakan Kursus Kejurulatihan Silat Olahraga Tahap I. Kursus ini bertujuan mendedahkan pesilat-pesilat kepada teknik latihan yang berkesan dan betul. Melalui kursus ini, pesilat akan didedahkan dengan teknik dan kemahiran latihan dan cara menguruskan latihan dengan betul.

Pesilat yang berjaya* akan menerima pentauliahan Sijil Jurulatih Silat Olahraga Tahap I bagi membolehkan mereka menjadi jurulatih dan menguruskan latihan silat olahraga di peringkat daerah. Dalam peringkat awal, Pasukan Pencak Silat UTP hanya akan mengadakan Kursus Kejurulatihan Silat Olahraga Tahap I sahaja. Walau  bagaimanapun, Kursus Kejurulatihan Sains Sukan Tahap I akan tetap diadakan kelak.

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga universiti, IPTA/S, politeknik, kolej komuniti, pertubuhan, kelab dan orang perseorangan. Ini bermakna, penyertaan adalah tidak terhad dan terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Butir-butir kursus adalah seperti di bawah:

Tarikh: 2010
Tempat: UTP Tronoh, Perak
(Butiran lanjut akan diberitahu kelak)

Oleh itu, Pasukan Pencak Silat UTP dengan berbesar hati mengalu-alukan penyertaan dari semua golongan masyarakat, ahli seni beladiri dan pesilat di dalam dan luar sana. Akhir kata, kecil tapak tapak, nyiru kami tadahkan. Sekian, terima kasih.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

* Untuk layak menerima pentauliahan Jurulatih Silat Olahraga Tahap I, dua kursus iaitu Kursus Kejurulatihan Silat Olahraga Tahap I dan Kursus Kejurulatihan Sains Sukan Tahap I harus lulus terlebih dahulu.

Tarikh: 16 – 19 Oktober 2008
Tempat: Gimnasium, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ringkasan:

1. Kontinjen UTP telah menghantar sebuah pasukan seramai 22 orang pesilat iaitu 13 pesilat dengan peruntukan dan 9 pesilat tanpa peruntukan serta seorang pegawai pengiring.

2. Kategori yang telah dipertandingkan adalah Jurus Tunggal, Tempur/Ganda, Jurus Wajib/Regu dan Silat Olahraga/Tanding. Setiap kategori dipecahkan kepada bahagian Putera dan Puteri.

3. Penyertaan kali ini mengalami sedikit masalah apabila hanya 13 orang pesilat sahaja yang dibenarkan dan diberi peruntukan. Namun masalah yang menimpa tidak sedikit pun menjejaskan semangat untuk terus berjuang.

4. Kejohanan tersebut telah melibatkan paling banyak penyertaan dari IPTA/S, badan kerajaan dan badan persendirian dari seluruh Malaysia iaitu sebanyak 30 kontinjen.

5. Dalam kejohanan kali ini, kontinjen UTP telah meraih 1 perak dan 2 gangsa dan mendapat tempat ke 12 secara keseluruhan daripada 30 pasukan yang mengambil bahagian. Pingat-pingat tersebut telah disumbangkan oleh:

  • Adilah Zainal Abidin, Nurul Najwa Abdul Rashid & Nur Ezrin Ashikin Azizan – Jurus Wajib/Regu Puteri (Perak)
  • Madiah Omar – Tanding D Puteri (Gangsa)
  • Nurul Najwa Abdul Rashid – Tanding Bebas Puteri (Gangsa)

Seni Itu Tradisi

Tarikh: 13 – 16 Ogos 2008
Tempat: BP Mall, Batu Pahat (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
Ringkasan:

1. Kontinjen UTP telah menghantar 2 pasukan seramai 30 orang pesilat dan 2 orang pembantu pegawai bagi mewakili UTP A dan UTP B.

2. Kategori yang telah dipertandingkan adalah Jurus Tunggal, Tempur/Ganda, Jurus Wajib/Regu dan Silat Olahraga/Tanding. Setiap kategori dipecahkan kepada bahagian Putera dan Puteri.

3. Kejohanan kali ini dianggap penting sebagai platform pemilihan terakhir Pasukan Pencak Silat bagi mewakili Malaysia ke Kejohanan Sukan Universiti Asean 2008 (AUG).

4. Kejohanan tersebut telah menerima penyertaan dari 21 buah universiti/politeknik seluruh Malaysia.

5. Dalam kejohanan kali ini, kontinjen UTP telah meraih 3 pingat gangsa. Pingat-pingat tersebut telah disumbangkan oleh:

  • Fawwaz Fuat & Abdul Muizz Ismail – Tempur/Ganda Putera (Gangsa)
  • Mohamad Fauzi Abdul Kadir, Muhammad Zahin Abdul Razak & Ahmad Fikry Mohd Anwar – Jurus Wajib/Regu Putera (Gangsa)
  • Noraini Alias – Tanding B Puteri (Gangsa)

Seni Itu Tradisi

Tarikh: 11 – 13 Mac 2008
Tempat: Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ringkasan:

1. Kontinjen UTP telah menghantar 2 pasukan Silat Olahraga iaitu seramai 13 orang pesilat yang mewakili UTP A dan UTP B.

2. Kategori yang telah dipertandingkan adalah Silat Olahraga/Tanding sahaja. Setiap kategori dipecahkan kepada bahagian Putera dan Puteri.

3. Pada asalnya, kejohanan kali ini tidak mendapat kelulusan daripada pihak atasan. Penyertaan itu telah mengundang sedikit masalah di atas meja pengurusan UTP. Namun setelah beberapa siri perbincangan dan permohonan maaf kepada pihak pengurusan, penyertaan tersebut telah diambil kira dan diiktiraf.

4. Kejohanan tersebut telah menarik penyertaan dari 7 universiti/politeknik dan sebanyak 15 pasukan telah mengambil bahagian.

5. Dalam kejohanan kali ini, kontinjen UTP meraih kejayaan besar apabila membawa pulang 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Pingat-pingat tersebut telah disumbangkan oleh:

  • Norafif Afnan Mohd Nordin – Tanding F Putera (Emas)
  • Muhammad Haziq A. Kadir – Tanding C Putera (Perak)
  • Noraini Alias – Tanding B Puteri (Perak)
  • Muhammad Mahmud – Tanding H Putera (Gangsa)
  • Nurul Azwani Mohd Adnan – Tanding A Puteri (Gangsa)

Seni Itu Tradisi