Pasukan Pencak Silat UTP merupakan salah satu aset yang dimiliki oleh Unit Ko-Kurikulum Universiti Teknologi Petronas dalam mencari bakat untuk mewakili universiti dalam acara silat seni dan silat tanding/olahraga. Pada awalnya, Pasukan Pencak Silat UTP ini dikenali sebagai Kelab Silat Olahraga dan disertai oleh beberapa orang pelajar. Namun begitu, kelab ini tidak begitu mendapat perhatian dan sokongan dari para pelajar pada ketika itu akibat kurang pendedahan dan akhirnya telah berkubur.

Namun pada sekitar awal 2008 yang lalu telah menyaksikan di mana Pasukan Pencak Silat UTP bagai disuntik nafas baru. Berbekalkan semangat yang jitu dan keazaman yang membara, Pasukan Pencak Silat UTP telah kembali mengatur langkah untuk bergerak secara aktif mengharumkan nama universiti.

Setelah melalui beberapa siri kejohanan, akhirnya kejayaan yang dikecapi telah berjaya membuka mata pihak pentadbiran Universiti Teknologi Petronas untuk meletakkan harapan kepada Pasukan Pencak Silat UTP. Pasukan ini kini telah diletakkan di bawah pengawasan Unit Ko-Kurikulum secara rasminya.

Pasukan Pencak Silat UTP kini semakin aktif dalam mencari pelapis-pelapis baru dalam kategori yang dipertandingkan di kejohanan-kejohanan  kebangsaan dan antarabangsa. Semoga dengan limpah rahmatNya Pasukan Pencak Silat UTP akan terus melakar nama di langit kegemilangan pada masa hadapan.

Tempena nipis asal-usulku

Besi tua dari Tanah Jawa

Hidup kembali kebudayaan bangsaku

Takkan Melayu hilang di dunia

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pautan di bawah:

wbreaker_cop

Advertisements