Pasukan Pencak Silat UTP dalam perancangan mengadakan Kursus Kejurulatihan Silat Olahraga Tahap I. Kursus ini bertujuan mendedahkan pesilat-pesilat kepada teknik latihan yang berkesan dan betul. Melalui kursus ini, pesilat akan didedahkan dengan teknik dan kemahiran latihan dan cara menguruskan latihan dengan betul.
Pesilat yang berjaya* akan menerima pentauliahan Sijil Jurulatih Silat Olahraga Tahap I bagi membolehkan mereka menjadi jurulatih dan menguruskan latihan silat olahraga di peringkat daerah. Dalam peringkat awal, Pasukan Pencak Silat UTP hanya akan mengadakan Kursus Kejurulatihan Silat Olahraga Tahap I sahaja. Walau bagaimanapun, Kursus Kejurulatihan Sains Sukan Tahap I akan tetap diadakan kelak.
Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga universiti, IPTA/S, politeknik, kolej komuniti, pertubuhan, kelab dan orang perseorangan. Ini bermakna, penyertaan adalah tidak terhad dan terbuka kepada sesiapa yang berminat.
Butir-butir kursus adalah seperti di bawah:
Tarikh: 2010
Tempat: UTP Tronoh, Perak
(Butiran lanjut akan diberitahu kelak)
Oleh itu, Pasukan Pencak Silat UTP dengan berbesar hati mengalu-alukan penyertaan dari semua golongan masyarakat, ahli seni beladiri dan pesilat di dalam dan luar sana. Akhir kata, kecil tapak tapak, nyiru kami tadahkan. Sekian, terima kasih.
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.
* Untuk layak menerima pentauliahan Jurulatih Silat Olahraga Tahap I, dua kursus iaitu Kursus Kejurulatihan Silat Olahraga Tahap I dan Kursus Kejurulatihan Sains Sukan Tahap I harus lulus terlebih dahulu.
Jun 30, 2009 at 9:32 am
Ada lagi tak kursus Kejurulatihan Silat Olahraga Tahap I thn ni? Plz inform, urgent!! untuk melatih pelajar IPTA..
Julai 7, 2009 at 5:39 pm
hai……….bl nak invite dak silat unisel dlm tournament korang
September 11, 2009 at 11:15 pm
Bulan oktober ni MASUM ada anjurkan kursus kejurulatihan peringkat 1. Jika mahu maklumat lanjut boleh hubungi saya 019-6433949.
Mei 21, 2011 at 2:24 am
asalamulaikum
nak tanya berkenaan tentang krusus silat tahap 1 ni bila akan datang di ada kan
boleh hubungi kami
Disember 22, 2011 at 3:19 pm
asalamulaikum
berkenaan tentang Kursus Silat Olahraga Tahap 1 akan datang 2012 di mana? jika ada maklumat tolong send ke email saya..terima kasih
Januari 26, 2018 at 9:38 am
If the Shooter moves the Point, they should continue going till
possibly exactly the same quantity comes up again, or even a 7 pops up.
Mac 11, 2019 at 9:25 am
Discuss and steer clear of widespread bankroll problems and acquire tips to improve your bankroll
management capabilities.